Bagian ini menampilkan referensi silang terperinci yang dirancang untuk memperkaya pemahaman Anda tentang Kitab Suci. Di bawah ini, Anda akan menemukan ayat-ayat yang dipilih dengan hati-hati yang menggema tema dan ajaran yang terkait dengan ayat Alkitab ini. Klik pada gambar apa pun untuk menjelajahi analisis terperinci dari ayat-ayat Alkitab terkait dan mengungkap wawasan teologis yang lebih dalam.
2 Tawarikh 8:14 (IDN) »
Maka ditentukan baginda pula, setuju dengan perintah Daud, ayahanda baginda, segala kelompok-kelompok imam pada pekerjaannya, dan segala orang Lewipun pada jawatannya akan memuji-muji Allah dan akan membantu segala imam dalam pekerjaannya dengan aturannya pada tiap-tiap hari, dan lagi segala penunggu pintu dalam pangkat-pangkatnya, pada tiap-tiap pintu gerbang, karena demikianlah perintah Daud, aziz Allah itu.
1 Tawarikh 23:5 (IDN) »
Dan empat ribu orang penunggu pintu dan empat ribu orang yang memuji-muji Tuhan dengan pelbagai bunyi-bunyian, yang telah kuperbuat akan memuji-muji, demikianlah titah Daud.
2 Tawarikh 35:15 (IDN) »
Maka segala biduan, bani Asaf itu, adalah berdiri pada tempatnya, setuju dengan perintah Daud dan Asaf dan Heman dan Yeduton, penilik baginda, dan lagi segala penunggu pintu itu adalah pada tiap-tiap pintu; tak usah mereka itu meninggalkan pekerjaannya, karena saudara mereka itu, segala orang Lewi itu, menyediakannya baginya.
1 Tawarikh 16:4 (IDN) »
Maka ditentukan baginda di hadapan tabut Tuhan beberapa khadim dari pada orang Lewi, supaya mereka itu memuji-muji dan mengucap syukur dan memuliakan Tuhan, Allah orang Israel.
1 Tawarikh 25:1 (IDN) »
Arakian, maka dibahagikan Daud dan segala penghulu tentara itu akan pekerjaan itu di antara bani Asaf dengan Heman dan Yeduton, biduan yang disucikan bagi Allah dengan kecapi dan dandi dan ceracak, maka inilah bilangan segala orang itu, yang pandai pada pekerjaan jawatannya.
1 Tawarikh 9:33 (IDN) »
Maka dari pada mereka itu juga penghulu bangsa orang Lewi adalah yang biduan di dalam bilik-bilik, dan lepas mereka itu dari pada segala pekerjaan yang lain, karena mereka itu dalam pekerjaan itu pada siang dan malam juga.
2 Samuel 24:11 (IDN) »
Hata, apabila bangunlah Daud pada pagi hari, datanglah firman Tuhan kepada nabi Gad, penilik Daud itu, bunyinya:
1 Tawarikh 15:16 (IDN) »
Maka bertitah Daud kepada segala penghulu orang Lewi, supaya ditentukannya segala saudaranya yang biduan adanya dengan pelbagai bunyi-bunyian dan dandi dan kecapi dan ceracak dan bermain ramai-ramai dan menyaringkan suaranya dengan sukacita hatinya.
2 Tawarikh 30:12 (IDN) »
Dan lagi di tanah Yehudapun nyatalah tangan Allah, yang mengadakan mereka itu sekalian sehati juga, sehingga diturutnya titah baginda dan pesan segala penghulu, setuju dengan firman Tuhan.
1 Tawarikh 16:42 (IDN) »
Maka serta dengan mereka itu adalah Heman dan Yeduton dengan nafiri dan ceracak akan mengangkat bunyi yang besar dengan bunyi-bunyian tahbis, maka segala anak laki-laki Yeduton itulah penunggu pintu itu.
2 Samuel 12:1 (IDN) »
Arakian, maka disuruhkan Tuhan akan Natan pergi menghadap Daud, maka pergilah ia menghadap baginda, lalu sembahnya: Dalam sebuah negeri anu adalah dua orang, seorang yang kaya, seorang yang miskin.
1 Tawarikh 28:12 (IDN) »
dan teladan segala sesuatu yang dalam reka baginda oleh ilham Roh, dari pada segala pagar halaman rumah Tuhan, dan dari pada segala bilik yang pada kelilingnya dan dari pada segala perbendaharaan bait-Ullah dan perbendaharaan benda-benda yang suci;
1 Tawarikh 29:29 (IDN) »
Adapun segala kisah baginda raja Daud, yang dahulu dan yang kemudian, ia itu tersebutlah di dalam kisah Semuel, penilik itu, dan di dalam kisah nabi Natan dan di dalam kisah Gad, penilik itu,
1 Tawarikh 28:19 (IDN) »
Maka sekalian ini, titah Daud, seturut tulisan, tatkala tangan Tuhan berlaku atasku, yang telah mengajar aku akan segala perbuatan teladan ini.
2 Samuel 7:2 (IDN) »
maka titah baginda kepada nabi Natan: Bahwasanya aku ini duduk dalam sebuah istana dari pada kayu araz, maka tabut Allah itu duduk di tengah-tengah kain kelambu!